Soalan Lazim Umrah

Baca soalan lazim Umrah dan perkara-perkara yang berkaitan perkhidmatan kami termasuk haji dan pelancongan dan lain-lain.

Search
  • Adakah perlu untuk mengambil insurans tambahan?
    Semua pelanggan yang berdaftar akan dicarum dan mendapat perlindungan Kad Perubatan (Pelan 1, Next Care). Caruman ini telah termasuk di dalam pakej. Insurans ini berkuatkuasa selama berada di Arab Saudi. Sekiranya pelanggan ingin mengambil perlindungan tambahan lain, pihak syarikat amat menggalakkan berbuat demikian.
  • Apakah fungsi aplikasi Eatmarna sepanjang keberadaan di Saudi?
    Aplikasi Eatmarna untuk booking slot Raudhah telah bertukar nama yang terbaru iaitu Nusuk. Nusuk adalah aplikasi untuk memohon permit menunaikan umrah, menziarahi Raudhah dan Makam Rasulullah SAW. Pendaftaran untuk  aplikasi ini  boleh menggunakan nombor telefon Malaysia atau nombor telefon Arab Saudi.
  • Apakah hukum Umrah yang dilakukan oleh kanak kanak yang belum Baligh?
    TIDAK wajib ke atas kanak-kanak yang belum baligh menunaikan Umrah. Jika kanak-kanak yang Mumayyiz (tahu membezakan antara kotor atau najis dengan yang suci atau bersih) tahu kerja kerja Umrah dan membuatnya sendiri maka hukum Umrahnya sah TETAPI tidak menggugurkan kefarduan Umrah yang wajib ke atas dirinya. Ia boleh berniat Umrah untuk dirinya sendiri dengan diizinkan...
  • Apakah jenis vaksin yang diperlukan untuk menunaikan umrah?
    Buat masa sekarang berikut sahaja yang diiktiraf dan diluluskan oleh kerajaan Arab Saudi: 2 dos vaksin (semua jenis vaksin). Dos penggalak tidak diwajibkan. Pelanggan perlu menyediakan sijil vaksinasi rasmi yang diperolehi melalui aplikasi MySejahtera dan menyerahkan kepada wakil syarikat. Sijil tersebut perlu dibawa untuk semakan di lapangan terbang.
  • Apakah jenis visa yang boleh digunapakai untuk menunaikan umrah?
    Terdapat 2 jenis visa  yang boleh digunapakai iaitu Visa Umrah dan Visa Pelancong. VISA PELANCONG VISA UMRAH i) Tiada had umur i) Had umur bermula 18 tahun ke atas (mengikut SOP semasa Kerajaan Arab Saudi) ii) Kelonggaran isu mahram ii) Mahram perlu kepada dokumentasi lengkap iii) Tempahan Hotel dan Kenderaan TIDAK diperlukan semasa permohonan visa dilakukan iii)...
  • Apakah tindakan & dokumen yang diperlukan untuk menunaikan umrah sekarang?
    Pelanggan perlu memenuhi syarat iaitu telah lengkap vaksinasi sebelum membuat pendaftaran. Setiap pelanggan diwajibkan mempunyai telefon pintar dan perlu memuat turun aplikasi Nusuk (Eatmarna) untuk digunakan di Arab Saudi. Passport perlu dipastikan masih belum luput tarikh sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tarikh penerbangan. Menyediakan dokumen lengkap seperti yang tertera di dalam Borang Pendaftaran yang diberikan. Memastikan...
  • Bagaimana bapa atau walinya berniat dan mengerjakan kerja-kerja Umrah bagi kanak-kanak yang belum Mumayyiz?
    Cara bapa atau walinya berniat dan melaksanakan kerja kerja Umrah adalah seperti berikut: i) NIAT Bapa atau walinya hendaklah berniat di dalam hatinya dengan menjadikan anak tanggungannya berihram Umrah. Niat Di Hati:- Sahaja aku mengerjakan Umrah untuk anakku atau tanggungan ku kerana Allah Taala. ii) Menyempurnakan rukun dan wajib Umrah Anak dan tanggungan itu hendaklah...
  • Bagaimana cara untuk mendapatkan slot solat, umrah, ziarah Raudah dan Rasulullah?
    Permohonan permit bagi slot untuk menunaikan umrah, solat fardhu, menziarahi Raudhah dan Makam Rasulullah SAW perlu dilakukan menggunakan applikasi Nusuk(Eatmarna). Slot tempahan tertakluk kepada kekosongan semasa. Sebarang pembatalan slot hendaklah dilakukan 4 jam sebelumnya. Ibadah Tawaf Wada’ (selamat tinggal), tawaf sunat dan iktikaf di masjid tidak dibenarkan mengikut SOP kerajaan Arab Saudi buat masa ini. Sebarang perubahan hanya...
  • Bagaimana Untuk Memilih Agensi Pengendali Umrah Yang Sah Dan Betul?
    Pastikan agensi mempunyai Lesen Akriditasi IATA, kontrak dengan Muassasah Arab Saudi dan nama yang tersenarai di kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur/ Kementerian Haji Arab Saudi dan Jawhar.
  • Bagaimanakah cara untuk membeli simkad?
    Simkad boleh dibeli di tempat jualan simkad yang akan ditentukan oleh Pembimbing Umrah untuk memuat turun aplikasi Nusuk(Eatmarna) setelah tiba di Jeddah/Madinah kelak.
  • Mahram
    Lelaki berumur 18 tahun ke bawah dan wanita berumur 45 tahun ke bawah perlu mengerjakan umrah bersama Mahram (hanya tertakluk kepada Visa Umrah sahaja). Mahram mestilah lelaki yang berusia 18 tahun ke atas sama ada Suami / Bapa / Adik-beradik lelaki / Pak Cik sebelah Bapa / Datuk sebelah bapa / Bapa Tiri / Bapa Angkat...

Soalan Lazim Umrah Lain

Jika anda ada sebarang persoalan lain berkenaan Umrah, Haji atau ingin melancong, hubungi kami untuk mendapatkan bantuan dan penerangan penuh.