SOALAN LAZIM

Apakah tindakan & dokumen yang diperlukan untuk menunaikan umrah sekarang?

Jawapan:
  1. Pelanggan perlu memenuhi syarat iaitu telah lengkap vaksinasi sebelum membuat pendaftaran.
  2. Setiap pelanggan diwajibkan mempunyai telefon pintar dan perlu memuat turun aplikasi Nusuk (Eatmarna) untuk digunakan di Arab Saudi.
  3. Passport perlu dipastikan masih belum luput tarikh sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tarikh penerbangan.
  4. Menyediakan dokumen lengkap seperti yang tertera di dalam Borang Pendaftaran yang diberikan.
  5. Memastikan kesihatan sentiasa dalam keadaan baik sehingga ke tarikh hari penerbangan.
Jika anda ada sebarang persoalan lain berkenaan Umrah, Haji atau ingin melancong, hubungi kami untuk mendapatkan bantuan dan penerangan penuh.