SOALAN LAZIM

Apakah hukum Umrah yang dilakukan oleh kanak kanak yang belum Baligh?

Jawapan:

TIDAK wajib ke atas kanak-kanak yang belum baligh menunaikan Umrah.

Jika kanak-kanak yang Mumayyiz (tahu membezakan antara kotor atau najis dengan yang suci atau bersih) tahu kerja kerja Umrah dan membuatnya sendiri maka hukum Umrahnya sah TETAPI tidak menggugurkan kefarduan Umrah yang wajib ke atas dirinya. Ia boleh berniat Umrah untuk dirinya sendiri dengan diizinkan oleh bapa atau walinya,

Jika kanak-kanak yang belum Mumayyiz bersama bapa atau walinya, maka bapa atau walinya yang meniatkan dan melaksanakan kerja-kerja Umrah untuk kanak-kanak tersebut selepas bapa atau walinya melaksanan Umrah mereka dahulu.

Sebagai contoh bapa atau walinya berniat untuk dirinya maka selepas itu, berniat untuk anaknya pula. Begitulah juga dengan tawaf, iaitu tawaf untuk dirinya dahulu baharulah tawaf untuk anaknya pula. Demikian juga dengan ibadah saei.

Jika anda ada sebarang persoalan lain berkenaan Umrah, Haji atau ingin melancong, hubungi kami untuk mendapatkan bantuan dan penerangan penuh.