Pakej Umrah Haji Malaysia
Pakej Umrah Haji Malaysia

Kontinjen remaja Persatuan Muaythai Malaysia bersama barisan jurulatih telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu, bagi menyertai The IFMA World Youth Championship yang berlangsung di Dubai.

Pemergian kontinjen ini menandakan satu lagi langkah penting dalam pembangunan sukan Muaythai negara di peringkat antarabangsa. Para atlet muda yang membawa harapan Malaysia bakal menguji kemampuan mereka menentang peserta terbaik dunia, sekali gus menimba pengalaman berharga di pentas tertinggi kejohanan remaja.

Wakil dari Petinju Muaythai Malaysia yang dikenali juga terlibat dalam penerbangan yang Orange Travel uruskan. Johan Ghazali atau Jojo, juga berlepas ke Abu Dhabi bagi menyaksikan dan sedikit sebanyak melatih dan memberi semangat untuk perlawanan adiknya iaitu Miki Ghazali.