SOALAN LAZIM

Apakah jenis visa yang boleh digunapakai untuk menunaikan umrah?

Jawapan:

Terdapat 2 jenis visa  yang boleh digunapakai iaitu Visa Umrah dan Visa Pelancong.

VISA PELANCONG VISA UMRAH
i) Tiada had umur i) Had umur bermula 18 tahun ke atas (mengikut SOP semasa Kerajaan Arab Saudi)
ii) Kelonggaran isu mahram ii) Mahram perlu kepada dokumentasi lengkap
iii) Tempahan Hotel dan Kenderaan TIDAK diperlukan semasa permohonan visa dilakukan iii) Tempahan Hotel dan Kederaan PERLU dilakukan ketika permohonan Visa Umrah
iv) Tempoh sah Visa adalah selama Setahun iv) Tempoh sah Visa Umrah hanya 30 hari
v) Kemasukan berulang (Multiple Entry) v) Kemasukan sekali sahaja (Single Entry)
vi) Boleh tinggal selama 90 hari vi) Hanya boleh tinggal selama 30 hari
vii) Dilindungi insurans Covid-19 vii) Dilindungi insurans Covid-19
Jika anda ada sebarang persoalan lain berkenaan Umrah, Haji atau ingin melancong, hubungi kami untuk mendapatkan bantuan dan penerangan penuh.